Nasihat. . .



Bismillahirrahmanirrahim.....

      Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi meluangkan masa melayari blog saya untuk menimba ilmu pengetahuan meskipun ilmu yang disampaikan ini sudah ramai antara kita telah pun terdedah kepadanya namun adalah penting untuk saya menyampaikannya sebagai peringatan kita bersama. Sekalian kita di dunia ini tidak akan bangun atau berdiri tanpa mengenggam ilmu yakni ianya berbentuk sebuah nasihat dan peringatan. Selama mana kita mengenggam nasihat, selama itu kita selamat dan berada dalam perlindungan Allah S.W.T. Namun, ramai antara kita melepaskan genggaman itu, kerana tertipu dengan helah dunia yang menawarkan takhta, harta, dan wanita. Tidak salah untuk kita mengenggam(mengambil) dunia namun perlu untuk kita seiringkannya bersama ilmu. Apabila ilmu(nasihat) dan dunia kita mampu sebatikan, mata kita yang selama ini kabur dengan tipu daya dunia akan mendapati bahawa mengambil dunia sekadar keperluan adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan diri daripada kekufuran.

       Dalam surah Al-An’am: 32, dinyatakan;
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Nasihat itu sesuatu yang mudah untuk kita sampaikan namun sesuatu yang sukar untuk diterima dan di amalkan buat si penasihat dan si penerima nasihat. Sepertimana penulisan sebelum ini, saya sekali lagi ingin menyentuh berkaitan nasihat namun lebih tertumpu kepada si pemberi nasihat agar kita lebih berhemah dalam menyampaikan nasihat dan berdakwah. Keberkatan dan keberhasilan sesuatu dakwah itu bergantung kepada "si pendakwah" itu sendiri. Kadangkala timbul pertanyaan dalam diri kita sendiri kerana kejahilan kita "Aik? bukan tanggungjawab kita utk sampaikan jak ka? yang memberikan hidayah itu Allah juga bkn kita, tugas kita cuma sampaikan dakwah." Sememangnya Allah yang memberikan hidayah dan petunjuk namun kita sesekali hendaklah berpesan pada diri kita bahawa sesuatu pekerjaan  itu perlulah dilakukan dengan adanya ilmu dan kesungguhan barulah mendapat keberkatan daripada Allah. 

 Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

             
 
Perkara asas yang perlu kita ketahui dan fahami dalam menyempurnakan proses penyampaian dakwah adalah pendekatan. Hal ini sgt penting bagi mengelakkan tentangan(pertelingkahan) dan memberi keselesaan kepada pendakwah dan orang yang menerima dakwah.Akhir zaman ini, pemakaian merupakan aspek penting tarikan dakwah kerana masyarakat pada hari ini secara amnya cuba mengelakkan diri daripada golongan-golongan "tudung labuh" atau "tabligh".Perkara ini sebenarnya  telah berlaku adalah disebabkan terdapat banyak kes-kes akidah golongan jemaah "serban" ini yang sering kita dengar sehingga menyebabkan kurangnya kepercayaan masyarakat terhadap jemaah-jemaah sedemikian rupa.Golongan "tudung labuh" yang banyak menuding jari dan memandang hina terhadap golongan wanita yang terjebak dengan gejala sosial telah menjadikan mereka berasa kurang kepercayaan untuk mendampingi golongan sebegini. Oleh itu, dalam aspek pemakaian untuk berdakwah, pakaian yang di pakai untuk menghampiri saudara kita yang membutuhkan dakwah(nasihat) perlulah jauh daripada sangkaan-sangkaan buruk(dari pemikiran mereka) sehingga mereka jauh daripada kita selagi tidak melanggar hukum syarak kerana menutup aurat itu suatu kewajiban dalam Islam.

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Perkara lain yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W dalam berdakwah adalah dengan mempamerkan akhlak yang terpuji. Menerima nasihat(dakwah) merupakan suatu proses pembelajaran yang dimulakan dari melihat.Proses pembelajaran yang dimulakan dengan melihat ini akan beralih kepada proses lain sekiranya kita meyakini apa yang telah kita perhatikan.Kita mengenal Allah dengan melihat keindahanNya yang menunjukkan kekuasaanNya sehingga hati kita terbuka untuk menerima hidayahNya dan beribadat kepadaNya.Seseorang akan lebih berasa selesa untuk menerima nasihat seseorang yang baik akhlaknya dan menyampaikan dakwah dengan lembut.Dakwah dan nasihat yang di sampaikan dengan kesombongan dan paksaan hanya melunturkan iman sekaligus meruntuhkan ikatan silaturahim.Anggaplah orang yang kita nasihati itu adalah diri kita sendiri dan tiadalah sesuatu nasihat itu diterima melainkan dengan cara berhemah dan lemah lembut.



Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

  Sebaik-baik nasihat yang kita sampaikan kepada seseorang adalah nasihat yang disampaikan secara sembunyi-sembunyi dan halus. "Aik? memberi nasihat dengan saudara kita secara terang-terangan itu salahkah?"
Sebenarnya menasihati seseorang secara terang-terangan itu adalah baik sekiranya nasihat yang disampaikan itu adalah kepada umum kerana nasihat secara terang-terangan itu tersilap langkah boleh menjatuhkan maruah seseorang. Nasihat secara halus pula sangat sesuai buat golongan-golongan yang lebih mulia daripada kita seperti ibu bapa, guru, pemimpin dan orang yg lebih tua daripada kita yakni dari segi umur, kepakaran, dan pengalaman. Hal ini penting bagi menjaga martabat mereka yang seharusnya kita hormati.Nasihat itu akan menjadi racun sekiranya ia telah membuka aib seseorang.

Rasululloh Shallallahu’alaihi wa salam bersabda:
“Barangsiapa yang hendak menasehati penguasa pada suatu perkara maka janganlah ia tampakkan kepadanya secara terang-terangan, melainkan hendaklah ia pegang tangannya dan menyendiri dengannya, kalau dia (penguasa) menerima, maka hal itu bagus, dan kalau tidak maka dia telah menunaikan kewajibannya memberikan nasihat”. [Diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dalam Musnad-nya : 3/403 dan Ibnu Abi Ashim dalam As Sunnah halaman 507 dan dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Zhilalul Jannah: 1096]
Akhir sekali, perkara yang paling penting dalam kita berdakwah adalah bersabar dan bersedia menerima tentangan. Apabila orang-orang yang dinasihati itu semakin banyak hujah-hujahnya untuk menafikan kebenaran nasihat itu maka berdiamlah kerana dikhuatiri kebodohannya akan meracuni akal dan hati kita.

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
  2. لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
  3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
  4. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
  5. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
  6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku 
  7.  
     






                                  





      







    Comments

    EYQASARA said…
    nice info.. juz, hope penggunaan bahasa diringankan.. i mean, biar mudah org fham..tak terlalu complicated.. n tak terlalu pnjang.. btw, overall best.. not bad.. (^^)
    thx eyqa...:-) InsyAllah akan diperbaiki...:-)