Bismillahirrahmanirrahim.....
Hampir 4 tahun aku meninggalkan penulisan blog, setelah ku amati tabir-tabir "dashboard" yang lalu, hatiku tertarik untuk meneruskan lagi penulisan di lembaran moden ini... Sungguh . . . Bila diteliti penulisan 4 tahun yang lalu, boleh saya katakan bahawasanya penulisan itu bukan seperti dikarang oleh saya sendiri...
Nasihat-nasihat lalu yang tersembur dalam entri-entri 4 tahun yang lalu, telah saya tinggalkan sedikit demi sedikit.
Terbuktilah,
Meskipun kita sudah menjadi seorang penasihat,
kita masih "butuh" untuk menerima nasihat.
Meskipun kita sudah menjadi seorang GURU,
kita masih perlu mencari GURU.
Guru yang saya maksudkan di sini adalah guru-guru yang pernah kita belajar sesuatu ilmu dengannya.
Dan semestinya guru utama kita umat manusia sekalian alam adalah junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. (Allahumma Shalli Ala Saiyidina Muhammad Waala Ali Saiyidina Muhammad)
Apa salahnya jika kita sekali-sekala bertanyakan khabar guru kita?
Jika tidak mampu berjumpa dengannya atas alasan jarak dan alamat,
Sudah memadai jika kita selitkan nama guru-guru kita ditempat kedua,
Selepas giliran ibu dan bapa kita dalam doa harian sehari-hari.
Ibu bapa sememangnya tidak kita boleh sangkal tempatnya. Mereka tetap di posisi pertama selepas guru kita. Lebih-lebih lagi darjat seorang ibu terhadap anaknya.
" Dari Abu Hurairah r.a, belia berkata, Seseorang datang kepada Rasulullah S.A.W dan berkata, 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?' Nabi S.A.W
menjawab, 'Ibumu,!' Dan orang tersebut kembali bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Nabi S.A.W menjawab, 'Ibumu!' Orang tersebut kemudian bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi?' Beliau menjawab, 'Ibumu.' Orang tersebut bertanya kembali, 'Kemudian siapa lagi,' Nabi S.A.W menjawab,' kemudian ayahmu" (HR Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548) "
Siapakah yang biasanya atau secara majoriti yang mengajar anaknya menendang bola daripada kalangan kedua ibu bapanya? Sudah tentu ramai dari kalangan kita yang memilih ayah atau bapa sebagai jawapannya.....
Ya betul.... Jawapan itu sangat bertetapan sekali....Lalu siapa pula yang mula-mula sekali berkomunikasi dengan anaknya?
....daripada anaknya tidak mempunyai kaki sehinggalah mempunyai kaki untuk menendang di rahim ibunya ketika masih janin. Sudah tentu si ibu bukan?
Saya cukup yakin dan percaya, seorang ibu yang tidak cukup pendidikannya sewaktu kecil dan tidak pernah di ajar menulis atau membaca. Tahu bagaimana menyuap mulut anaknya.
Adakah kita yang pada hari ini telah menjadi seorang pensyarah, doktor, jururawat, polis, askar atau karier yang memerlukan kelulusan tinggi pada hari ini tidak pernah dilentur atau dibimbing ketika menyuap nasi ke dalam mulut ketika kita kecil suatu masa dahulu?
Bila kita sudah pandai "bertiarap" atau merangkak ketika bayi dulu, pernah bukan ibu kita,
mengawasi tindak tanduk kita daripada memasukkan debu atau sesuatu yang kotor ke dalam mulut.
Itulah BENDA pertama antara hak dan batil yang pernah kita pelajari daripada kedua ibu bapa kita.
Akhir kalam, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin 2017, Moga kesempatan akan datang kita bertemu lagi dalam entri seterusnya...

Comments