Intro. . . . .Dahagakan Nasihat Saudaraku...

 Bismillahirrahmanirrahim........

      Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua blogger dan kawan-kawan yang tidak putus-putus memberikan tunjuk ajar kepada diri ini dalam mengejar kejayaan, memperbaiki kesilapan mahupun kekurangan diri dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Sepanjang perjalanan hidup ini kita tidak seharusnya mengetepikan nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan terutamanya daripada seseorang yang  tidak mengharapkan sesuatu daripada kita melainkan kerana Allah semata-mata.Kita selalu terperangkap dengan tipu daya syaitan yang membisikkan supaya kita enggan menerima nasihat kerana kita merasakan bahawa diri kita lebih sempurna daripada orang lain(yang memberi nasihat) padahal nasihat itu merupakan hidayah daripada Allah S.W.T yang selalu kita pohonkan ketika solat dalam Ummul Al-Quran (Surah Al-Fatihah).


                "Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah                         kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
(Surah Al-Fatihah Ayat 6-7)
                  




 Akibat menolak nasihat yang telah disampaikan oleh rakan-rakan kita yang menjalankan tanggungjawab Allah, ramai antara kita akan merungut dan merasa bingung dengan diri kita sendiri sehingga timbul persoalan mengapa diri kita masih belum menerima ketenangan jiwa meskipun selalu memohon hidayahNya? Hal ini disebabkan kita kurang mendalami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan hidayah.Hidayah sebenarnya milik mutlak semua makhluk Allah s.w.t.Burung-burung juga Allah berikan hidayah untuk terbang menggunakan sayapnya, lebah-lebah yang menghasilkan penawar(madu)Allah beri hidayah di manakah tempat yang sesuai untuk mereka mendirikan sarang-sarang mereka...


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan ditempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Tuhan, bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl, 16: 68-69)


     Sekalian manusia dan jin termasuk golongan kafir sebenarnya tidak putus-putus dari menerima hidayah daripada Allah S.W.T. Namun sebagai khalifah di muka bumi atau makhluk yg termulia di antara makhluk-makhluk yang lain di sekalian alam, Allah S.W.T telah memberikan pilihan kepada manusia samaada ingin menerima hidayah atau menolaknya. Jika hidayah itu telah diterima maka hidayah itu tidak lagi diertikan sebagai hidayah sebaliknya diertikan sebagai TAUFIK. Taufik itu diperoleh setelah menerima hidayah Allah S.W.T. Bagaimana kita boleh mendapat hidayah jika tidak mempunyai ilmu dan pembimbing? Orang-orang yang menutup hatinya daripada menerima nasihat tidak mungkin akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T kerana nasihat merupakan medium untuk kita menerima hidayah Allah.

"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman." ( Surah Al Baqarah ayat 6)

Perangkap syaitan yang paling berbahaya yang ada pada diri kita sehinggakan hati kita tertutup untuk menerima nasihat adalah sifat "GHURUR" atau takjub dengan diri sendiri. Sifat "GHURUR" ini merupakan "virus" yang sangat halus sehinggakan golongan-golongan ulama ramai yang telah terpedaya dengan sifat ini. Apabila seseorang telah dikuasai oleh "virus" berbahaya ini, seseorang itu akan sentiasa merasakan bahawa segala perbuatannya adalah benar sekaligus memandang rendah orang lain sehingga menolak nasihat-nasihat mereka.

Al-Quran menceritakan perangai manusia tertipu dengan kehebatan dirinya sendiri seperti firman Allah bermaksud:

“Katakanlah, mahukah Kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi ayat 103-104).

Dalam era globalisasi ini, kita memandang ringan dengan nasihat seseorang. Kita melihat bahawa budaya menolak nasihat yang disampaikan oleh seseorang adalah perkara biasa sepertimana budaya mengumpat yang saya sendiri tidak terlepas daripada melakukannya.Walhal, sifat-sifat ini mendatangkan banyak keburukan termasuklah menjadikan kita semakin sombong dan dalam kita tidak sedar, kita sebenarnya cuba menghampiri syirik yang sangat halus. "Aik? xda mau dgr nasihat org pn menghampiri syirik ka?"  Jawapannya "Ya" sekiranya kita rasakan bahawa kita terlalu betul dan baik berbanding orang lain yang tidak layak untuk dinasihati kerana merasa diri telah cukup untuk dicukupi. Bukankah sifat ini mewarisi sifat Iblis yang angkuh untuk sujud terhadap Nabi Adam A.S untuk melaksanakan perintah Allah? "Apa plak kena mengenanya sama menghampiri syirik?" Sebenarnya sifat angkuh dan sombong itu secara halus melahirkan sifat tuhan dalam diri kita yang jauh daripada ciri-ciri kita sebagai seorang hamba yg selalu membutuhkan bimbingan dan dorongan Allah s.w.t itulah jawapan bagi soalan tadi. 

“Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)

Namun begitu, ada juga manusia yang tidak mahu menerima nasihat atau tunjuk ajar bukan disebabkan kesombongan sebaliknya disebabkan berasa was-was dan khuatir bahawa nasihat yang diterima itu akan menyesatkan kerana penyampaian seseorang yang menasihati itu kurang berhemah dan tidak dengan berlemah lembut sepertimana yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam konteks ini, penerima nasihat ini hendaklah berlapang dada menerima nasihat dengan sabar dan meneliti nasihat yang mengelirukan kerana setiap nasihat itu pasti ada kebaikannya walau sebesar zarah namun selagi kita tidak dapat melihat kebaikannya selagi itu kita tidak miliki kebaikan.

Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70)

Akhir kata dari saya, saya ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada penulisan sulung saya ini, dan kiranya ada kekurangan saya amat mengalu-alukan tunjuk ajar saudara dan saudari. Penulisan ini bukan bertujuan mengajar saudara & saudari sebaliknya untuk saling ingat mengingati. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri......Assalamualaikum &  Terima Kasih....:-)



"Sebagaimana Utamanya Artikel Ini Didalam Blogku, Begitulah Utamanya Nasihat Dalam Kehidupan Beribadat"















   
ا

Comments

EYQASARA said…
GUD intro~!! thumbs up! (^^)
Anonymous said…
bgus2..menyayat hati..xD

Popular Posts