Semua manfaat ada di sekeliling kita~~
"Setiap apa yang ada di sekeliling kita adalah anugerah Allah S.W.T yang sangat bermanfaat dan bernilai buat kita semua, jadi tidak perlulah kita tergesa-gesa untuk memiliki sesuatu yang belum kita miliki kerana apa yang kita inginkan belum tentu mendatangkan kebaikan buat kita....."
"Bayangkan setiap kita bangun, kita pasti disinari matahari, matahari sentiasa bersama kita walau kadangkala kita mengeluh kepanasan seakan-akan tidak mengundang salah satu nikmat terbesar Allah ini kepada kita."
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari (Surah As-Syams Ayat 1)
" Tanpa matahari kita pastinya tidak mengenal pagi, tanpa pagi tidaklah dunia ini mengerti akan apa yang diertikan sebagai waktu. Dan bila kita sudah tidak mengenal waktu, tidaklah pula kita mengetahui; bilakah masuknya waktu solat Zohor? bilakah masuknya waktu solat Asar? bilakah masuknya waktu Maghrib? dan bilakah masuknya waktu Isyak?"
"Sesungguhnya setiap apa yang Allah jadikan disekeliling kita sangat bermanfaat buat kita semua, matahari menjadikan suhu bumi berkeadaan seimbang, matahari menjadikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan terus tegar melata di bumi, matahari juga mengajar kita membezakan keterangan dan kegelapan."
"Sungguh mengapa Allah tidak pernah tarik nikmat matahari daripada kita kerana ianya sangat penting buat kita..."
" Maha Suci Allah... Begitulah perumpamaan sepertimana hadirnya saudara-saudari sekalian dalam hidupku, sangat bermanfaat buat diri yang serba kekurangan dan perlu untuk terus menerus menerima bimbingan dan nasihat dalam mentarbiahkan sahsiah diri sebagai umat Muhammad S.A.W~"
Assalamualaikkummm~~~
Comments