Cita-CiTa
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua blogger dan rakan-rakan seperjuangan, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan karuniaNya, kita diberikan kesempatan untuk mentarbiah diri kita dalam mencari erti kehidupan kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini. Saya menyakini bahawa setiap makhluk yang bernama "manusia" sekaliannya mempunyai cita-cita dalam mengejar kejayaan samaada cita-cita dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Cita-cita yang ada dalam diri manusia ini sebenarnya menjadi perangsang kepada manusia untuk terus melata di muka bumi ini kerana pastinya manusia menyakini bahawa dihujung cita-cita itu ada kejayaan yang membahagiakan. Cabang cita-cita dalam diri manusia itu terbahagi kepada beberapa pecahan sama ada cita-cita itu mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri tetapi tidak kepada masyarakat, cita-cita yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri tetapi tidak kepada orang lain, dan cita-cita yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri tetapi tidak pada alam sekitar. Cita-cita yang hanya mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri tetapi tidak kepada alam sekeliling, masyarakat dan orang lain adalah cita-cita yang lahir dari kelalaian diri dalam mengawal nafsu.Namun begitu, kebanyakan cita-cita manusia pada hari ini hanya berlandaskan untuk kepuasan nafsu sendiri yang pada zahirnya kelihatan membahagiakan namun pada hakikatnya membawa kebinasaan pada akhirnya kerana tertipu oleh syaitan.
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?(Surah Yaasin Ayat 62)
Kekecewaan adalah penamat bagi sebuah cita-cita yang menjadi hak milik Si Putus Asa. Jika kita putus asa adalah disebabkan kita semakin kabur dengan matlamat cita-cita tersebut, itu tandanya cita-cita itu lebih memudaratkanmu pada akhirnya dan cita-cita sebegini sebenarnya lahir disebabkan matlamat untuk memenuhi nafsu dan perasaan semata-mata. Sebaik-baik cita-cita adalah bermatlamatkan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Cita-cita tanpa matlamat yang jelas samalah seperti berjalan tanpa tujuan sedangkan kita ditegah dalam agama Islam agar meletakkan Allah sebagai sebab utama kita melakukan pekerjaan.
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah An Nisa Ayat 100)
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah An Nisa Ayat 100)
" Cita-cita sekadar cita-cita itu mimpi"
Comments